1 Itulah sebabnya kita harus lebih bersungguh-sungguh berpegang kepada ajaran-ajaran yang sudah kita dengar, supaya kita tidak meninggalkan kepercayaan kita.
2 Perkhabaran yang disampaikan oleh para malaikat kepada nenek moyang kita sudah terbukti benar, dan orang yang tidak menurutinya atau mentaatinya sudah menerima hukuman yang setimpal.
3 Oleh itu, bagaimanakah kita boleh selamat, jika kita tidak mempedulikan penyelamatan yang agung itu? Tuhan sendirilah yang pertama sekali mengisytiharkan penyelamatan itu, dan orang yang mendengarnya sudah membuktikan kebenarannya kepada kita.
4 Di samping itu, Allah juga menguatkan kesaksian mereka dengan melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban. Dia juga membahagi-bahagikan pemberian Roh Allah menurut kehendak-Nya sendiri.
5 Allah tidak melantik malaikat menjadi penguasa dunia baru yang akan datang - iaitu dunia yang sedang kita percakapkan sekarang.
6 Sebaliknya, seperti yang tertulis pada suatu bahagian Alkitab,“Ya Allah, apakah manusia itu, sehingga Engkau mahu mengingat mereka?Manusia hanya manusia, tetapi Engkau memperhatikan mereka?
7 Untuk seketika Engkau menjadikan manusia lebih rendah daripada malaikat;Engkau mengurniai manusia kemuliaan dan kehormatan,