6 Sebaliknya, seperti yang tertulis pada suatu bahagian Alkitab,“Ya Allah, apakah manusia itu, sehingga Engkau mahu mengingat mereka?Manusia hanya manusia, tetapi Engkau memperhatikan mereka?
7 Untuk seketika Engkau menjadikan manusia lebih rendah daripada malaikat;Engkau mengurniai manusia kemuliaan dan kehormatan,
8 serta menjadikan manusia penguasa atas segala sesuatu.”Ayat itu mengatakan bahawa Allah menjadikan manusia “penguasa atas segala sesuatu”; hal itu bererti tiada suatu pun yang tidak dikuasai oleh manusia. Tetapi sekarang kita tidak melihat manusia berkuasa atas segala sesuatu.
9 Tetapi kita sudah melihat Yesus berkuasa! Untuk seketika, Dia dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang. Sekarang kita melihat Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan kerana Dia sudah menderita sampai mati.
10 Memang sudah sepatutnya Allah, yang menciptakan dan memeliharakan segala sesuatu, menjadikan Yesus, penyelamat yang sempurna melalui penderitaan. Dengan demikian Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan Yesus, kerana Yesus itu pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan.
11 Yesus menyucikan manusia daripada dosa mereka. Dia dan mereka yang disucikan-Nya mempunyai satu Bapa. Itulah sebabnya Yesus tidak malu mengakui mereka sebagai saudara-saudara-Nya.
12 Yesus berkata kepada Allah,“Aku akan memberitahu saudara-saudara-Ku tentang Engkau;Aku akan memuji Engkau apabila jemaah beribadat.”