9 Tetapi kita sudah melihat Yesus berkuasa! Untuk seketika, Dia dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang. Sekarang kita melihat Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan kerana Dia sudah menderita sampai mati.
10 Memang sudah sepatutnya Allah, yang menciptakan dan memeliharakan segala sesuatu, menjadikan Yesus, penyelamat yang sempurna melalui penderitaan. Dengan demikian Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan Yesus, kerana Yesus itu pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan.
11 Yesus menyucikan manusia daripada dosa mereka. Dia dan mereka yang disucikan-Nya mempunyai satu Bapa. Itulah sebabnya Yesus tidak malu mengakui mereka sebagai saudara-saudara-Nya.
12 Yesus berkata kepada Allah,“Aku akan memberitahu saudara-saudara-Ku tentang Engkau;Aku akan memuji Engkau apabila jemaah beribadat.”
13 Yesus juga berkata, “Aku akan berharap kepada Allah.” Yesus berkata juga, “Inilah Aku bersama-sama anak-anak yang telah diberikan oleh Allah kepada-Ku.”
14 Oleh sebab mereka yang disebut anak-anak adalah manusia yang terdiri daripada darah dan daging, maka Yesus sendiri menjadi seperti mereka dan hidup dalam keadaan manusia. Dia berbuat demikian, supaya dengan kematian-Nya Dia dapat memusnahkan Iblis yang menguasai kematian.
15 Dengan cara itu Dia membebaskan mereka yang seumur hidup diperhamba, kerana takut akan kematian.