1 Tiap-tiap imam agung dipilih daripada kalangan umat, dan dilantik untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagai wakil mereka. Tugasnya mempersembahkan pemberian dan korban untuk pengampunan dosa.
2 Oleh sebab dia sendiri lemah dalam banyak perkara, dia dapat berlaku lemah lembut terhadap orang yang sesat kerana tidak tahu apa-apa.
3 Oleh sebab dia sendiri lemah, dia mesti mempersembahkan korban bukan sahaja untuk dosa umat, tetapi juga untuk dosanya sendiri.
4 Tiada seorang pun mempermuliakan dirinya sendiri dengan menjadi imam agung. Hanya dengan panggilan Allah, seseorang dapat menjadi imam agung, seperti yang berlaku kepada Harun.