5 Demikian juga, Kristus tidak mempermuliakan diri-Nya sendiri dengan menjadi Imam Agung. Sebaliknya Allah berfirman kepada-Nya,“Engkaulah Anak-Ku;pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.”
6 Dalam ayat lain Allah berfirman juga,“Engkau akan menjadi Imam selama-lamanya,seperti Imam Melkisedek.”
7 Semasa Yesus hidup di bumi ini, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaan-Nya.
8 Tetapi meskipun Yesus Anak Allah, Dia belajar menjadi taat melalui penderitaan-Nya.
9 Oleh itu, sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya.
10 Allah pun mengisytiharkan Dia menjadi Imam Agung seperti Imam Melkisedek.
11 Masih banyak lagi yang perlu kami katakan tentang hal ini, tetapi susah kami hendak menerangkannya kerana kamu lambat sekali mengerti.