8 Tetapi meskipun Yesus Anak Allah, Dia belajar menjadi taat melalui penderitaan-Nya.
9 Oleh itu, sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya.
10 Allah pun mengisytiharkan Dia menjadi Imam Agung seperti Imam Melkisedek.
11 Masih banyak lagi yang perlu kami katakan tentang hal ini, tetapi susah kami hendak menerangkannya kerana kamu lambat sekali mengerti.
12 Sebenarnya sudah waktunya bagi kamu untuk menjadi guru, tetapi sehingga sekarang kamu masih perlu menerima ajaran asas tentang perkhabaran Allah. Kamu masih belum dapat menerima makanan keras, tetapi masih minum susu sahaja.
13 Sesiapa yang minum susu sebagai makanan utama masih kanak-kanak; dia tidak faham akan apa yang benar dan apa yang salah.
14 Sebaliknya, makanan keras untuk orang dewasa, yang sudah terlatih untuk membezakan yang baik daripada yang jahat.