2 atau ajaran asas tentang baptisan dan tentang hal meletakkan tangan pada orang, atau tentang kebangkitan orang mati dan hukuman yang kekal.
3 Marilah kita menjadi orang Kristian yang dewasa! Jika diizinkan Allah, hal inilah yang akan kita lakukan!
4 Hal itu demikian, kerana orang yang tidak mahu percaya kepada Kristus lagi, tidak dapat dipimpin kembali supaya bertaubat. Mereka pernah berada dalam terang Allah; mereka pernah menikmati pemberian Allah, dan menerima Roh Allah yang menjadi bahagian mereka.
5 Melalui pengalaman, mereka tahu bahawa firman Allah baik, dan mereka telah merasai kuasa daripada kurnia Allah pada zaman yang akan datang.
6 Tetapi sesudah itu mereka tidak mahu percaya kepada Kristus lagi! Tidak mungkin mereka dipimpin kembali supaya bertaubat, kerana mereka menyalibkan Anak Allah lagi dan mempermalukan Dia di hadapan umum.
7 Allah memberkati tanah yang menghisap air hujan yang sering turun ke atasnya, lalu tanah itu menghasilkan tanam-tanaman yang berguna bagi orang yang menanamnya.
8 Tetapi jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka tanah itu tidak berguna. Tanah itu akan dikutuk oleh Allah dan dimusnahkan oleh api.