18 Oleh itu peraturan yang lama telah dibatalkan, kerana lemah dan tidak berguna.
19 Taurat Musa tidak dapat menyempurnakan sesuatu pun. Sekarang kita diberikan suatu harapan yang lebih baik, dan dengannya kita dapat mendekati Allah.
20 Tambahan pula, semua itu disertai sumpah daripada Allah. Apabila imam-imam lain dilantik, tidak ada sumpah seperti itu.
21 Tetapi Yesus diangkat menjadi imam dengan sumpah, ketika Allah berfirman kepada-Nya,“Tuhan sudah bersumpah,dan tidak akan mengubah fikiran,‘Engkau akan menjadi imam selama-lamanya.’ ”
22 Dengan sumpah itu, Yesus menjadi jaminan suatu perjanjian yang lebih baik.
23 Ada satu hal lagi: imam-imam lain itu banyak bilangannya kerana mereka mati dan tidak dapat meneruskan tugas.
24 Tetapi Yesus hidup selama-lamanya dan tugas-Nya sebagai imam tidak beralih kepada orang lain.