21 Tetapi Yesus diangkat menjadi imam dengan sumpah, ketika Allah berfirman kepada-Nya,“Tuhan sudah bersumpah,dan tidak akan mengubah fikiran,‘Engkau akan menjadi imam selama-lamanya.’ ”
22 Dengan sumpah itu, Yesus menjadi jaminan suatu perjanjian yang lebih baik.
23 Ada satu hal lagi: imam-imam lain itu banyak bilangannya kerana mereka mati dan tidak dapat meneruskan tugas.
24 Tetapi Yesus hidup selama-lamanya dan tugas-Nya sebagai imam tidak beralih kepada orang lain.
25 Oleh itu, baik sekarang ataupun selamanya, Dia dapat menyelamatkan orang yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk memohon kepada Allah bagi mereka.
26 Dengan demikian, Yesuslah Imam Agung yang kita perlukan. Dia suci; pada-Nya tidak terdapat kesalahan ataupun dosa. Dia dipisahkan daripada orang berdosa, dan dinaikkan ke tempat yang lebih tinggi daripada langit.
27 Dia tidak seperti imam-imam agung lain, yang setiap hari harus mempersembahkan korban, pertama sekali untuk dosa sendiri dan kemudian untuk dosa umat. Yesus mempersembahkan korban sekali sahaja untuk selama-lamanya, ketika Dia mempersembahkan diri-Nya sendiri sebagai korban.