1 Inilah perkara penting daripada apa yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Agung seperti itu; Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Besar di syurga.
2 Dia bertugas sebagai Imam Agung di Bilik Maha Suci, di dalam Khemah Tuhan yang sejati dan yang didirikan oleh Tuhan, bukan oleh manusia.
3 Tiap-tiap Imam Agung dilantik untuk mempersembahkan persembahan dan korban binatang kepada Allah; demikian juga Imam Agung kita mesti mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan.
4 Andaikata Dia di bumi ini, Dia tidak akan menjadi imam, kerana sudah ada imam yang mempersembahkan korban menurut Taurat orang Yahudi.