2 Dia bertugas sebagai Imam Agung di Bilik Maha Suci, di dalam Khemah Tuhan yang sejati dan yang didirikan oleh Tuhan, bukan oleh manusia.
3 Tiap-tiap Imam Agung dilantik untuk mempersembahkan persembahan dan korban binatang kepada Allah; demikian juga Imam Agung kita mesti mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan.
4 Andaikata Dia di bumi ini, Dia tidak akan menjadi imam, kerana sudah ada imam yang mempersembahkan korban menurut Taurat orang Yahudi.
5 Tugas yang dilakukan mereka sebagai imam, sebenarnya hanya suatu gambaran dan bayangan daripada apa yang di syurga. Demikian juga halnya dengan Musa dahulu. Ketika dia hendak mendirikan Khemah Tuhan, Allah berfirman kepadanya, “Ingatlah, engkau harus membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”
6 Tetapi sekarang Yesus diberikan tugas imam yang jauh lebih mulia daripada yang dijalankan imam-imam itu, kerana perjanjian yang diadakan-Nya antara Allah dengan manusia adalah lebih baik. Perjanjian itu berdasarkan janji tentang perkara-perkara yang lebih baik.
7 Andaikata tidak ada kekurangan pada perjanjian pertama, maka tidak perlu diadakan perjanjian kedua.
8 Tetapi Allah mendapati kesalahan umat-Nya, ketika Dia mencela mereka,“Masanya akan tiba, firman Tuhan,apabila Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan umat Israel,dan dengan umat Yehuda.