Ibrani 8:4-10 BMDC

4 Andaikata Dia di bumi ini, Dia tidak akan menjadi imam, kerana sudah ada imam yang mempersembahkan korban menurut Taurat orang Yahudi.

5 Tugas yang dilakukan mereka sebagai imam, sebenarnya hanya suatu gambaran dan bayangan daripada apa yang di syurga. Demikian juga halnya dengan Musa dahulu. Ketika dia hendak mendirikan Khemah Tuhan, Allah berfirman kepadanya, “Ingatlah, engkau harus membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”

6 Tetapi sekarang Yesus diberikan tugas imam yang jauh lebih mulia daripada yang dijalankan imam-imam itu, kerana perjanjian yang diadakan-Nya antara Allah dengan manusia adalah lebih baik. Perjanjian itu berdasarkan janji tentang perkara-perkara yang lebih baik.

7 Andaikata tidak ada kekurangan pada perjanjian pertama, maka tidak perlu diadakan perjanjian kedua.

8 Tetapi Allah mendapati kesalahan umat-Nya, ketika Dia mencela mereka,“Masanya akan tiba, firman Tuhan,apabila Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan umat Israel,dan dengan umat Yehuda.

9 Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka,pada masa Aku membimbing mereka keluar dari negeri Mesir.Mereka tidak setia kepada perjanjian yang Aku buat dengan mereka,itulah sebabnya Aku tidak mempedulikan mereka.

10 Tetapi sekarang, inilah perjanjian yang akan Aku buat dengan umat Israel pada masa akan datang, firman Tuhan:Aku akan menanamkan hukum-Ku di dalam fikiran mereka,dan menuliskannya di dalam hati mereka.Aku akan menjadi Allah mereka,dan mereka akan menjadi umat-Ku.