6 Pada waktu itu, Raja Daud bertitah, “Orang yang pertama membunuh seorang Yebusi akan menjadi panglima!” Yoab (ibunya Zeruya), memimpin serangan yang pertama, oleh itu dia menjadi panglima.
7 Raja Daud tinggal di kubu itu, maka itulah sebabnya kubu itu disebut “Kota Daud.”
8 Raja Daud membina semula kota itu, bermula dari tempat yang ditambak dengan tanah di sebelah timur bukit, dan Yoab membaiki bahagian lain kota itu.
9 Raja Daud semakin kuat kerana TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai baginda.
10 Inilah nama para askar Raja Daud. Bersama-sama umat Israel yang lain, mereka telah berjuang agar Raja Daud menjadi raja seperti yang dijanjikan TUHAN, dan mereka menyokong kerajaan baginda.
11 Pahlawan yang pertama ialah Yasobam daripada puak Hakhmoni; dia pemimpin “Kumpulan Tiga.” Dalam satu pertempuran, dia pernah melawan tiga ratus orang, dan membunuh mereka semua dengan tombaknya.
12 Pahlawan kedua dalam “Kumpulan Tiga” itu ialah Eleazar anak Dodo daripada puak Ahohi.