1 Mereka meletakkan Tabut Perjanjian itu di dalam khemah yang telah disediakan oleh Raja Daud. Kemudian mereka mempersembahkan korban-korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban-korban untuk memohon berkat-Nya.
2 Setelah Raja Daud selesai mempersembahkan korban-korban itu, baginda memberkati umat Israel dengan nama TUHAN,
3 lalu membahagi-bahagikan makanan kepada mereka semua. Setiap orang yang ada di situ, baik lelaki mahupun perempuan diberi sebuku roti, sepotong daging panggang, dan seketul kuih kismis.
4 Raja Daud melantik beberapa orang Lewi untuk memimpin upacara ibadat kepada TUHAN, Allah Israel, di hadapan Tabut Perjanjian. Mereka menyanyikan lagu kesyukuran dan puji-pujian kepada TUHAN.
5 Asaf dilantik sebagai ketua dan Zakharia wakilnya. Yeiel, Semiramot, Yehiel, Matica, Eliab, Benaya, Obed-Edom, dan Yeiel ditugaskan untuk memainkan kecapi. Asaf ditugaskan untuk memainkan simbal,
6 dan dua orang imam, iaitu Benaya dan Yahaziel, ditugaskan secara tetap untuk meniup trompet di hadapan Tabut Perjanjian.
7 Itulah kali pertama Raja Daud menugaskan Asaf dan rakan-rakannya sesama orang Lewi untuk menyanyikan lagu puji-pujian kepada TUHAN.
8 Bersyukurlah kepada TUHAN,isytiharkanlah keagungan-Nya.Ceritakanlah perbuatan-Nyakepada bangsa-bangsa.
9 Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.
10 Dialah TUHAN Yang Esa;bersukacitalah kerana kita milik-Nya;semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita!
11 Mintalah pertolongan TUHAN;sembahlah Dia sentiasa.
12-13 Hai keturunan Yakub, hamba Allah,hai keturunan Israel, umat pilihan Allah,ingatlah akan mukjizat yang dilakukan Allah,jangan lupakan keputusan yang diberikan-Nya.
14 TUHAN ialah Allah kita;perintah-Nya untuk seluruh dunia.
15 Jangan lupakan perjanjian-Nyayang berlaku untuk selama-lamanya,
16 perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,dan janji-Nya dengan Ishak,
17 lalu dikekalkan dengan Yakub,menjadi perjanjian abadi bagi umat Israel.
18 Dia berfirman, “Aku akan memberi kamu negeri Kanaan,untuk menjadi milik pusaka kamu.”
19 Dahulu umat Allah kecil bilangannya,mereka hidup sebagai orang asing di negeri Kanaan.
20 Mereka mengembara dari negeri ke negeri,dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan.
21 Tetapi Allah tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka,kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja.
22 Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”
23 Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi!Pada setiap hari siarkanlah berita baikbahawa Dia telah menyelamatkan kita.
24 Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia.
25 TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya;Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.
26 Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,tetapi TUHAN mencipta angkasa raya.
27 Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan.
28 Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya.
29 Pujilah nama TUHAN yang mulia;bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.Bersujudlah di hadapan TUHANapabila Dia muncul;
30 gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.
31 Bersukacitalah, hai bumi dan langit!Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.
32 Berderulah, hai laut, dan segala isimu!Bergembiralah, hai ladang-ladang, dan segala tanamanmu!
33 Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.
34 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.
35 Katakanlah kepada-Nya, “Ya Allah, Penyelamat kami,selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa.Kumpulkanlah kamisupaya kami dapat bersyukurdan memuji nama-Mu yang suci!”
36 Pujilah TUHAN, Allah Israel!Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!Kemudian semua orang Israel berkata, “Amin”, dan mereka memuji TUHAN.
37 Raja Daud melantik Asaf dan sesamanya orang Lewi supaya mereka bertugas secara tetap dalam pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat di tempat Tabut Perjanjian TUHAN diletakkan. Setiap hari mereka harus bertugas di situ,
38 dan dibantu oleh Obed-Edom anak Yedutun dan 68 orang lain daripada puaknya. Hosa dan Obed-Edom ialah pengawal pintu-pintu gerbang.
39 Imam Zadok dan imam-imam yang lain ditugaskan untuk mengurus ibadat kepada TUHAN di tempat beribadat di Gibeon.
40 Tiap-tiap pagi dan petang mereka harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, di atas mazbah, menurut Taurat yang diberikan oleh TUHAN kepada orang Israel.
41 Imam Zadok dan imam-imam itu dibantu oleh Heman dan Yedutun serta beberapa orang lain yang dipilih khas untuk menyanyikan lagu pujian kepada TUHAN kerana kasih-Nya yang kekal abadi.
42 Heman dan Yedutun juga mengurus trompet, simbal, serta alat muzik lain yang dipakai untuk mengiringi lagu-lagu pujian. Anggota-anggota puak Yedutun ditugaskan untuk mengawal pintu-pintu gerbang.
43 Kemudian semua orang pulang ke rumah masing-masing. Raja Daud juga pulang untuk bersama-sama keluarga baginda.