21 Merari mempunyai dua orang anak lelaki, Mahli dan Musi. Mahli juga mempunyai dua orang anak lelaki, Eleazar dan Kish,
22 tetapi Eleazar mati tanpa mempunyai anak lelaki; dia hanya mempunyai anak-anak perempuan. Anak-anak perempuannya itu berkahwin dengan saudara-saudara sepupu mereka, iaitu anak-anak lelaki Kish.
23 Musi, anak lelaki Merari yang kedua, mempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yeremot.
24 Itulah nama-nama keturunan Lewi yang tercatat menurut nama ketua puak dan keluarga masing-masing. Mereka berumur dua puluh tahun ke atas dan mendapat tugas di Rumah TUHAN.
25 Raja Daud bertitah, “TUHAN Allah Israel, telah memberikan keamanan kepada umat-Nya, dan Dia sendiri tinggal di Yerusalem untuk selama-lamanya.
26 Oleh itu tidak perlu lagi orang Lewi memikul Khemah TUHAN dan semua perkakas yang digunakan untuk ibadat.”
27 Berdasarkan perintah-perintah terakhir daripada Raja Daud, semua orang Lewi harus didaftarkan untuk bertugas apabila berumur dua puluh tahun.