3 lalu membanci semua orang lelaki suku Lewi yang berumur tiga puluh tahun ke atas. Jumlah mereka 38,000 orang.
4 Kemudian 24,000 orang antara mereka ditugaskan oleh Raja Daud untuk mengurus pekerjaan di Rumah TUHAN, 6,000 orang untuk mengurus pentadbiran dan mengadili perselisihan,
5 4,000 orang sebagai pengawal, dan 4,000 orang untuk memuji TUHAN dengan alat-alat muzik yang disediakan oleh raja.
6 Raja Daud membahagikan orang Lewi kepada tiga kumpulan menurut puak mereka: Gerson, Kehat, dan Merari.
7 Gerson mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Ladan dan Simei.
8 Ladan mempunyai tiga orang anak lelaki: Yehiel, Zetam, dan Yoel.
9 Mereka ketua puak keturunan Ladan. (Simei mempunyai tiga orang anak lelaki: Selomit, Haziel, dan Haran.)