5 4,000 orang sebagai pengawal, dan 4,000 orang untuk memuji TUHAN dengan alat-alat muzik yang disediakan oleh raja.
6 Raja Daud membahagikan orang Lewi kepada tiga kumpulan menurut puak mereka: Gerson, Kehat, dan Merari.
7 Gerson mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Ladan dan Simei.
8 Ladan mempunyai tiga orang anak lelaki: Yehiel, Zetam, dan Yoel.
9 Mereka ketua puak keturunan Ladan. (Simei mempunyai tiga orang anak lelaki: Selomit, Haziel, dan Haran.)
10-11 Empat orang anak lelaki Simei menurut urutan umur mereka ialah Yahat, Zina, Yeus, dan Beria. Keturunan Yeus dan Beria tidak banyak, maka mereka dianggap satu puak.
12 Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.