6 Raja Daud membahagikan orang Lewi kepada tiga kumpulan menurut puak mereka: Gerson, Kehat, dan Merari.
7 Gerson mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Ladan dan Simei.
8 Ladan mempunyai tiga orang anak lelaki: Yehiel, Zetam, dan Yoel.
9 Mereka ketua puak keturunan Ladan. (Simei mempunyai tiga orang anak lelaki: Selomit, Haziel, dan Haran.)
10-11 Empat orang anak lelaki Simei menurut urutan umur mereka ialah Yahat, Zina, Yeus, dan Beria. Keturunan Yeus dan Beria tidak banyak, maka mereka dianggap satu puak.
12 Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.
13 Anak sulung Kehat, iaitu Amram, ialah bapa Harun dan Musa. (Untuk selama-lamanya, Harun dan keturunannya telah dikhaskan untuk mengurus peralatan ibadat, membakar kemenyan bagi TUHAN, mengabdikan diri kepada-Nya, dan memberkati rakyat dengan nama TUHAN.