26 Mahli, Musi, dan Yaazia, keturunan Merari.
27 Yaazia mempunyai tiga orang anak lelaki: Syoham, Zakur, dan Hibri.
28-29 Mahli mempunyai dua orang anak lelaki bernama Eleazar dan Kish. Eleazar tidak mempunyai anak lelaki, tetapi Kish mempunyai seorang anak lelaki bernama Yerahmeel.
30 Musi mempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yerimot.Itulah keluarga-keluarga dalam suku Lewi.
31 Untuk menentukan giliran tugas mereka, setiap ketua keluarga bersama-sama seorang adiknya yang lelaki membuang undi seperti yang dilakukan oleh sanak saudara mereka, iaitu para imam keturunan Harun. Pembuangan undi itu disaksikan oleh Raja Daud bersama-sama Zadok, Ahimelekh, serta ketua-ketua keluarga daripada golongan imam dan golongan orang Lewi.