1 Inilah pembahagian tugas untuk orang Lewi yang bertugas sebagai pengawal Rumah TUHAN. Daripada puak Korah, Meselemya anak Kore daripada keluarga Ebyasaf, dipilih.
2 Meselemya mempunyai tujuh orang anak lelaki yang didaftarkan menurut urutan umur: Zakharia, Yediael, Zebaja, Yatniel,
3 Elam, Yohanan, dan Elyoenai.
4 Selanjutnya Obed-Edom dipilih. Dia diberkati oleh Allah dengan lapan orang anak lelaki. Mereka didaftarkan menurut umur: Semaya, Yozabad, Yoah, Sakhar, Netaneel,
5 Amiel, Isakhar, dan Peuletai.
6-7 Anak sulung Obed-Edom, iaitu Semaya, mempunyai enam orang anak lelaki: Otni, Refael, Obed, Elzabad, Elihu, dan Semakhya; semuanya orang penting dalam puak mereka kerana mereka sangat berkebolehan, terutama Elihu dan Semakhya.
8 Untuk pekerjaan sebagai pengawal, puak Obed-Edom memberikan 62 orang lelaki yang cukup layak untuk pekerjaan itu.