17 Di sebelah timur, tiap-tiap hari ada enam orang pengawal bertugas. Di sebelah utara ada empat orang, dan di sebelah selatan ada empat orang. Tiap-tiap hari stor-stor dikawal oleh empat orang pengawal; dua orang pengawal bagi sebuah stor.
18 Di pavilyun sebelah barat, empat orang mengawal di jalan raya dan dua orang mengawal pavilyun itu.
19 Demikianlah pembahagian tugas pengawal bagi puak Korah dan Merari.
20 Orang lain dalam suku Lewi diberi tanggungjawab mengurus harta benda Rumah TUHAN dan stor tempat menyimpan pemberian-pemberian untuk Allah.
21 Ladan ialah anak lelaki Gerson; dia nenek moyang beberapa kumpulan puak, termasuk puak Yehiel anaknya.
22 Anak-anak Yehiel, iaitu Zetam dan Yoel, diberi tanggungjawab mengurus stor-stor dan perbendaharaan Rumah TUHAN.
23 Keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel pun mendapat bahagian tugas.