18 Di pavilyun sebelah barat, empat orang mengawal di jalan raya dan dua orang mengawal pavilyun itu.
19 Demikianlah pembahagian tugas pengawal bagi puak Korah dan Merari.
20 Orang lain dalam suku Lewi diberi tanggungjawab mengurus harta benda Rumah TUHAN dan stor tempat menyimpan pemberian-pemberian untuk Allah.
21 Ladan ialah anak lelaki Gerson; dia nenek moyang beberapa kumpulan puak, termasuk puak Yehiel anaknya.
22 Anak-anak Yehiel, iaitu Zetam dan Yoel, diberi tanggungjawab mengurus stor-stor dan perbendaharaan Rumah TUHAN.
23 Keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel pun mendapat bahagian tugas.
24 Sebuel daripada puak Gersom anak Musa, ialah pengawas perbendaharaan Rumah TUHAN.