3 Elam, Yohanan, dan Elyoenai.
4 Selanjutnya Obed-Edom dipilih. Dia diberkati oleh Allah dengan lapan orang anak lelaki. Mereka didaftarkan menurut umur: Semaya, Yozabad, Yoah, Sakhar, Netaneel,
5 Amiel, Isakhar, dan Peuletai.
6-7 Anak sulung Obed-Edom, iaitu Semaya, mempunyai enam orang anak lelaki: Otni, Refael, Obed, Elzabad, Elihu, dan Semakhya; semuanya orang penting dalam puak mereka kerana mereka sangat berkebolehan, terutama Elihu dan Semakhya.
8 Untuk pekerjaan sebagai pengawal, puak Obed-Edom memberikan 62 orang lelaki yang cukup layak untuk pekerjaan itu.
9 Puak Meselemya memberikan 18 orang berkebolehan.
10 Hosa dipilih daripada puak Merari. Dia mempunyai empat orang anak lelaki: Simri (bapanya melantik dia menjadi pemimpin walaupun dia bukan anak sulung),