5 Amiel, Isakhar, dan Peuletai.
6-7 Anak sulung Obed-Edom, iaitu Semaya, mempunyai enam orang anak lelaki: Otni, Refael, Obed, Elzabad, Elihu, dan Semakhya; semuanya orang penting dalam puak mereka kerana mereka sangat berkebolehan, terutama Elihu dan Semakhya.
8 Untuk pekerjaan sebagai pengawal, puak Obed-Edom memberikan 62 orang lelaki yang cukup layak untuk pekerjaan itu.
9 Puak Meselemya memberikan 18 orang berkebolehan.
10 Hosa dipilih daripada puak Merari. Dia mempunyai empat orang anak lelaki: Simri (bapanya melantik dia menjadi pemimpin walaupun dia bukan anak sulung),
11 Hilkia, Tebalya, dan Zakharia. Semuanya ada 13 orang anggota keluarga Hosa yang menjadi pengawal Rumah TUHAN.
12 Para pengawal Rumah TUHAN dibahagi kepada kumpulan-kumpulan menurut puak mereka. Mereka diberi tugas di dalam Rumah TUHAN seperti orang Lewi lain.