19 Hodia berkahwin dengan saudara perempuan Naham. Keturunan mereka adalah nenek moyang puak Garmi dan Maakha. Puak Garmi tinggal di kota Kehila, dan puak Maakha tinggal di kota Estemoa.
20 Simon mempunyai empat orang anak lelaki: Amnon, Rina, Benhanan, dan Tilon.Yisei mempunyai dua orang anak lelaki: Zohet dan Ben-Zohet.
21 Sela ialah salah seorang anak lelaki Yehuda. Keturunannya termasuk Er, pembina kota Lekha; Lada, pembina kota Maresa; puak penenun kain linen, yang tinggal di kota Bet-Asybea;
22 Yokim, dan penduduk kota Kozeba; Yoas dan Saraf, dua orang lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Moab, lalu menetap di Betlehem. (Senarai itu dikutip daripada catatan yang sangat tua.)
23 Mereka ialah pembuat periuk dan berkhidmat kepada raja; mereka tinggal di kota Netaim dan Gedera.
24 Simeon mempunyai lima orang anak lelaki: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul.
25 Anak lelaki Saul ialah Salum, cucunya ialah Mibsam, dan cicitnya ialah Misma.