33 dan di pekan-pekan di sekitar, sampai sejauh kota Baal di bahagian barat daya. Itulah catatan yang disimpan oleh keturunan Simeon tentang salasilah dan tempat tinggal mereka.
34-38 Berikut ini adalah pemimpin-pemimpin puak dalam suku Simeon:Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yoel,Yehu anak Yosibya,(Yosibya ialah anak Seraya, cucu Asiel)Elyoenai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya,Ziza anak Sifei(Sifei anak Alon, Alon keturunan Yedaya, Simri, dan Semaya).Oleh sebab keluarga mereka terus bertambah,
39 mereka terpencar ke barat sehingga hampir sampai ke kota Gedor. Domba mereka merumput di bahagian timur lembah, tempat letaknya kota Gedor.
40 Di situ mereka menjumpai padang rumput yang subur dan luas, serta tenang dan aman. Dahulu daerah itu didiami oleh orang Ham.
41 Pada zaman Raja Hizkia dari Yehuda, keturunan Simeon menyerang Gedor. Mereka memusnahkan khemah-khemah dan pondok-pondok orang yang tinggal di situ. Mereka mengusir penduduk tempat itu, lalu mereka menetap di sana kerana padang rumput di situ luas untuk domba mereka.
42 Lima ratus orang daripada suku Simeon pergi ke Edom, di sebelah timur. Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yisei: Pelaca, Nearya, Refaya, dan Uziel.
43 Di sana, mereka membunuh orang Amalek yang masih hidup, dan mereka menetap di situ sejak masa itu.