39 mereka terpencar ke barat sehingga hampir sampai ke kota Gedor. Domba mereka merumput di bahagian timur lembah, tempat letaknya kota Gedor.
40 Di situ mereka menjumpai padang rumput yang subur dan luas, serta tenang dan aman. Dahulu daerah itu didiami oleh orang Ham.
41 Pada zaman Raja Hizkia dari Yehuda, keturunan Simeon menyerang Gedor. Mereka memusnahkan khemah-khemah dan pondok-pondok orang yang tinggal di situ. Mereka mengusir penduduk tempat itu, lalu mereka menetap di sana kerana padang rumput di situ luas untuk domba mereka.
42 Lima ratus orang daripada suku Simeon pergi ke Edom, di sebelah timur. Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yisei: Pelaca, Nearya, Refaya, dan Uziel.
43 Di sana, mereka membunuh orang Amalek yang masih hidup, dan mereka menetap di situ sejak masa itu.