15 Pemimpin puak-puak itu ialah Ahi anak Abdiel, cucu Guni.
16 Puak-puak itu tinggal di wilayah Basan dan Gilead, dan di kota-kota di wilayah itu, serta di seluruh padang rumput Saron.
17 Salasilah ini dikumpul pada zaman pemerintahan Raja Yotam di Yehuda, dan Raja Yerobeam II di Israel.
18 Suku Ruben, suku Gad, dan suku Manasye Timur mempunyai 44,760 orang askar yang terlatih dan handal menggunakan perisai, pedang, dan busur.
19 Mereka berperang dengan suku Yetur, Nafis, dan Nodab, iaitu suku-suku dalam bangsa Hagri.
20 Askar-askar itu percaya kepada Allah dan minta tolong kepada-Nya, lalu Allah mengabulkan permintaan mereka. Dia memberikan kemenangan atas bangsa Hagri dan sekutu mereka kepada askar-askar itu.
21 Mereka merampas sebanyak 50,000 ekor unta, 250,000 ekor domba, dan 2,000 ekor keldai daripada musuh, dan menawan seramai 100,000 orang.