3 Pada suatu hari kira-kira pukul tiga petang, dalam suatu penglihatan, dengan jelas dia melihat malaikat Tuhan datang kepadanya dan berkata, “Kornelius!”
4 Kornelius memandang malaikat itu dengan ketakutan lalu bertanya, “Ada apa, tuan?”Malaikat itu menjawab, “Doamu dan kemurahan hatimu sudah diterima oleh Allah dan Allah mengabulkan doamu.
5 Sekarang suruhlah beberapa orang ke Yope untuk memanggil seorang bernama Simon Petrus.
6 Dia sedang menumpang di rumah seorang penyamak kulit bernama Simon, yang tinggal di tepi pantai.”
7 Setelah malaikat itu pergi, Kornelius memanggil dua orang hamba yang bekerja di rumahnya dan salah seorang pengawal peribadinya, yang juga takut akan Allah.
8 Dia memberitahu mereka apa yang sudah berlaku, lalu menyuruh mereka pergi ke Yope.
9 Keesokan harinya, semasa mereka masih dalam perjalanan dan hampir tiba di Yope, Petrus naik ke atas bumbung rumah pada tengah hari untuk berdoa.