4 Kornelius memandang malaikat itu dengan ketakutan lalu bertanya, “Ada apa, tuan?”Malaikat itu menjawab, “Doamu dan kemurahan hatimu sudah diterima oleh Allah dan Allah mengabulkan doamu.
5 Sekarang suruhlah beberapa orang ke Yope untuk memanggil seorang bernama Simon Petrus.
6 Dia sedang menumpang di rumah seorang penyamak kulit bernama Simon, yang tinggal di tepi pantai.”
7 Setelah malaikat itu pergi, Kornelius memanggil dua orang hamba yang bekerja di rumahnya dan salah seorang pengawal peribadinya, yang juga takut akan Allah.
8 Dia memberitahu mereka apa yang sudah berlaku, lalu menyuruh mereka pergi ke Yope.
9 Keesokan harinya, semasa mereka masih dalam perjalanan dan hampir tiba di Yope, Petrus naik ke atas bumbung rumah pada tengah hari untuk berdoa.
10 Dia lapar dan hendak makan. Sementara makanan disediakan, dia mendapat suatu penglihatan.