10 Peristiwa itu berulang tiga kali dan akhirnya semuanya terangkat kembali ke langit.
11 Pada saat itu juga, tiga orang dari Kaisarea yang diutus kepadaku, tiba di rumah tempat aku menginap.
12 Roh Allah menyuruh aku mengikut mereka dengan tidak ragu-ragu. Enam orang saudara seiman dari Yope, menyertai aku ke Kaisarea, dan kami semua masuk ke rumah Kornelius.
13 Kornelius memberitahu kami bahawa dia melihat satu malaikat berdiri di rumahnya dan berkata, ‘Suruhlah orang pergi ke Yope untuk memanggil seorang lelaki bernama Simon Petrus.
14 Dia akan menyampaikan berita yang boleh menyelamatkan engkau dan keluargamu.’
15 Apabila aku mula bercakap, Roh Allah datang kepada mereka, seperti yang berlaku kepada kita pada mulanya.
16 Kemudian aku teringat bahawa Tuhan pernah berkata, ‘Yohanes membaptis dengan air, tetapi kamu akan dibaptis dengan Roh Allah.’