27 Pada waktu itu, beberapa orang nabi dari Yerusalem datang ke Antiokhia.
28 Seorang daripada mereka bernama Agabus. Dia berdiri dan dengan kuasa Roh Allah, Agabus bernubuat bahawa kebuluran yang teruk akan berlaku di seluruh dunia. (Kebuluran itu berlaku pada masa pemerintahan Kaisar Klaudius.)
29 Semua pengikut Yesus di situ bersetuju untuk mengirim bantuan kepada saudara-saudara seiman yang tinggal di Yudea; masing-masing akan memberikan bantuan menurut kemampuannya.
30 Mereka melakukan hal itu, lalu mengutus Barnabas dan Saulus untuk membawa wang itu kepada pemimpin-pemimpin jemaah.