40 Berwaspadalah supaya apa yang dikatakan nabi-nabi ini tidak berlaku kepada saudara semua,
41 ‘Dengarlah hai orang yang menghina Allah!Kamu akan kehairanan lalu binasa!Apa yang Aku lakukan pada masa initidak akan kamu percayai,meskipun orang menerangkannya kepada kamu!’ ”
42 Apabila Paulus dan Barnabas meninggalkan rumah ibadat itu, orang Yahudi meminta mereka datang kembali pada hari Sabat yang berikutnya, untuk memberitahu mereka perkara-perkara itu lagi.
43 Apabila perhimpunan di rumah ibadat berakhir, banyak orang Yahudi dan orang bangsa lain yang menganut agama Yahudi, mengikut Paulus dan Barnabas. Rasul-rasul itu menasihati mereka supaya terus-menerus hidup bersandar kepada rahmat Allah.
44 Pada hari Sabat berikutnya, hampir semua orang di bandar itu datang mendengar firman Tuhan.
45 Apabila orang Yahudi melihat orang ramai itu, mereka iri hati. Mereka menentang kata-kata Paulus dan menghina dia.
46 Tetapi Paulus dan Barnabas berkata-kata dengan lebih berani lagi. Mereka berkata, “Firman Allah memang harus disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Tetapi kerana kamu menolak firman-Nya, dan menganggap diri kamu tidak layak menerima hidup sejati dan kekal, kami akan meninggalkan kamu lalu pergi kepada bangsa lain.