10 dan berkata dengan suara lantang, “Berdirilah tegak!” Orang itu melompat berdiri dan mula berjalan.
11 Apabila orang ramai melihat apa yang telah dilakukan oleh Paulus, mereka mula berseru dalam bahasa Likaonia, “Lihatlah, dewa-dewa sudah menjadi seperti manusia dan turun ke dunia.”
12 Barnabas dinamakan Zeus, dan Paulus dinamakan Hermes kerana dia yang berkata-kata.
13 Imam dewa Zeus, yang kuilnya terletak di luar bandar, datang membawa lembu jantan dan bunga ke pintu gerbang. Dia dan orang ramai hendak mempersembahkan korban kepada rasul-rasul itu.
14 Apabila Barnabas dan Paulus mendengar apa yang akan dilakukan oleh orang di situ, mereka mengoyak-ngoyak pakaian lalu berlari ke tengah-tengah orang ramai sambil berseru,
15 “Mengapa kamu melakukan hal ini? Kami pun manusia seperti kamu semua! Kami datang di sini untuk mengkhabarkan Berita Baik supaya kamu meninggalkan berhala-berhala yang tidak berguna itu, lalu datang kepada Allah yang hidup, Pencipta langit, bumi, dan laut serta semua yang ada di dalamnya.
16 Pada masa yang lampau Allah membiarkan semua orang mengikut kemahuan masing-masing.