11 Janganlah berbuat demikian! Kita percaya dan diselamatkan kerana rahmat Tuhan Yesus; demikianlah Allah menyelamatkan mereka juga.”
12 Semua orang yang berkumpul di situ diam, sementara mendengarkan laporan Barnabas dan Paulus tentang segala mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Allah di kalangan orang bukan Yahudi melalui mereka.
13 Setelah mereka selesai memberikan laporan, Yakobus berkata, “Saudara-saudara, dengarlah!
14 Simon baru sahaja menerangkan bagaimana Allah pada mulanya menunjukkan kasih-Nya kepada orang bukan Yahudi dengan memilih suatu kelompok di kalangan mereka untuk menjadi umat-Nya.
15 Hal ini sesuai dengan nubuat nabi-nabi, kerana di dalam Alkitab tertulis,
16 ‘Setelah itu Aku akan kembali,firman Tuhan,Aku akan membina semula rumah Daud yang sudah roboh,dan memperbaiki runtuhannya.Aku akan menegakkannya semula,
17 supaya semua orang yang lain akan mencari Aku,semua bangsa lain yang bukan Yahudi sudah Aku panggil untuk menjadi umat-Ku.