33 Setelah Yudas dan Silas tinggal di situ beberapa lama, jemaah di Antiokhia menyuruh mereka kembali dengan sejahtera kepada orang yang mengutus mereka. [
34 Tetapi Silas mengambil keputusan untuk tetap tinggal di situ.]
35 Paulus dan Barnabas pun tinggal di Antiokhia beberapa lama. Di situ mereka mengajar dan menyampaikan firman Tuhan bersama-sama banyak orang lain.
36 Beberapa lama kemudian Paulus berkata kepada Barnabas, “Marilah kita lawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Yesus di semua kota yang sudah kita sampaikan firman Tuhan. Marilah kita lihat sama ada mereka tetap percaya kepada Tuhan.”
37 Barnabas hendak membawa Yohanes Markus,
38 tetapi Paulus tidak bersetuju untuk membawanya, kerana Markus meninggalkan mereka di Pamfilia, dan tidak menyertai mereka menyelesaikan tugas.
39 Oleh itu Paulus dan Barnabas bertengkar dengan sengit sehingga akhirnya mereka berpisah. Barnabas membawa Markus bersama-samanya lalu belayar ke Siprus.