11 baik orang Yahudi mahupun orang bangsa lain yang menganut agama Yahudi; ada juga yang datang dari Kreta dan Arab. Tetapi kita semua mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita masing-masing tentang hal-hal luar biasa yang dilakukan oleh Allah!”
12 Mereka semua hairan dan bingung, lalu bertanya sesama sendiri, “Apakah maknanya semua ini?”
13 Tetapi ada juga orang yang mengolok-olokkan para pengikut Kristus dan berkata, “Semua orang ini mabuk!”
14 Lalu Petrus berdiri bersama-sama sebelas orang rasul yang lain. Dengan suara lantang dia mula berkata kepada mereka, “Saudara-saudara orang Yahudi dan semua yang tinggal di Yerusalem! Dengarlah baik-baik dan benarkan saya menjelaskan hal ini.
15 Semua orang ini tidak mabuk seperti yang saudara-saudara sangka, kerana kini baru pukul sembilan pagi.
16 Tetapi hal ini sudah diberitahukan oleh Allah melalui Nabi Yoel:
17 Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman,Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang.Anak-anak lelaki dan perempuan kamuakan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka;orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka,orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.