14 Lalu Petrus berdiri bersama-sama sebelas orang rasul yang lain. Dengan suara lantang dia mula berkata kepada mereka, “Saudara-saudara orang Yahudi dan semua yang tinggal di Yerusalem! Dengarlah baik-baik dan benarkan saya menjelaskan hal ini.
15 Semua orang ini tidak mabuk seperti yang saudara-saudara sangka, kerana kini baru pukul sembilan pagi.
16 Tetapi hal ini sudah diberitahukan oleh Allah melalui Nabi Yoel:
17 Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman,Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang.Anak-anak lelaki dan perempuan kamuakan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka;orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka,orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.
18 Bahkan ke atas hamba-hamba-Ku baik lelaki mahupun perempuan,akan Aku curahkan Roh-Ku pada masa itu,dan mereka akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka.
19 Aku akan melakukan mukjizat di atas sana, di langit,dan keajaiban di bawah sini, di bumi.Kelak akan ada darah, api,dan asap tebal;
20 matahari akan menjadi gelap,dan bulan menjadi merah seperti darah,sebelum Hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu datang.