24 Tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian. Allah membebaskan Dia daripada derita kematian, kerana tidak mungkin Dia dikuasai terus oleh kematian.
25 Daud pernah berkata tentang Yesus,‘Aku sentiasa melihat Engkau Tuhan di hadapanku;Engkau mendampingi aku, sehingga tiada apa pun dapat menyusahkan aku.
26 Oleh itu aku bersukacitadan bergembira ketika berkata-kata;walaupun aku hanya manusia,tetapi aku tetap berharap kepada-Mu,
27 kerana Engkau tidak akan meninggalkan akudi dunia orang mati.Engkau tidak akan membiarkantubuh hamba-Mu yang setia itu hancur.
28 Engkau sudah menunjukkanjalan yang menuju ke hidup sejati,dan aku bersukacitakerana Engkau menyertai aku.’
29 Saudara-saudara, saya harus berkata dengan jelas tentang nenek moyang kita Daud. Dia sudah meninggal dan dikuburkan, dan kuburnya masih ada antara kita sehingga sekarang.
30 Allah bersumpah bahawa Dia akan melantik salah seorang keturunan Daud menjadi raja, seperti Daud sendiri. Daud tahu akan janji Allah itu, kerana Daud pun seorang nabi.