21 Tetapi Tuhan berkata lagi, ‘Pergilah, kerana Aku akan menyuruh engkau ke tempat yang jauh, kepada orang bukan Yahudi.’ ”
22 Sehingga saat itu, orang ramai mendengarkan kata-kata Paulus. Tetapi kemudian mereka mula berseru dengan kuat, “Hapuskan dia! Bunuh dia! Dia tidak layak hidup!”
23 Mereka berteriak-teriak sambil mengebaskan pakaian sehingga debu berterbangan di udara.
24 Komandan pasukan Roma memerintahkan askar-askarnya membawa Paulus ke dalam kubu. Dia menyuruh mereka mencambuk Paulus untuk mengetahui alasan orang Yahudi berteriak sedemikian rupa terhadap dia.
25 Tetapi waktu Paulus telah diikat untuk dicambuk, Paulus berkata kepada pegawai tentera yang berdiri di situ, “Bolehkah seorang warganegara Roma dicambuk sebelum dia diadili?”
26 Apabila pegawai tentera itu mendengar hal ini, dia pergi kepada komandan itu dan berkata, “Apa yang sudah tuan lakukan? Orang ini warganegara Roma!”
27 Oleh itu komandan itu pergi kepada Paulus dan bertanya, “Katakanlah, adakah kamu warganegara Roma?”“Ya,” kata Paulus.