23 Mereka berteriak-teriak sambil mengebaskan pakaian sehingga debu berterbangan di udara.
24 Komandan pasukan Roma memerintahkan askar-askarnya membawa Paulus ke dalam kubu. Dia menyuruh mereka mencambuk Paulus untuk mengetahui alasan orang Yahudi berteriak sedemikian rupa terhadap dia.
25 Tetapi waktu Paulus telah diikat untuk dicambuk, Paulus berkata kepada pegawai tentera yang berdiri di situ, “Bolehkah seorang warganegara Roma dicambuk sebelum dia diadili?”
26 Apabila pegawai tentera itu mendengar hal ini, dia pergi kepada komandan itu dan berkata, “Apa yang sudah tuan lakukan? Orang ini warganegara Roma!”
27 Oleh itu komandan itu pergi kepada Paulus dan bertanya, “Katakanlah, adakah kamu warganegara Roma?”“Ya,” kata Paulus.
28 Komandan itu berkata pula, “Saya menjadi warganegara Roma dengan membayar wang yang banyak.”Paulus menjawab, “Tetapi saya dilahirkan sebagai warganegara Roma.”
29 Dengan segera askar-askar yang hendak menyoal Paulus berundur. Komandan itu pun takut apabila dia tahu bahawa Paulus warganegara Roma, dan kerana dia sudah merantai Paulus.