21 Lalu mereka berkata kepadanya, “Kami belum menerima sepucuk surat pun dari Yudea tentang perkara saudara. Tiada seorang pun daripada mereka yang datang membawa khabar tentang saudara, atau bercakap buruk tentang saudara.
22 Tetapi kami ingin mendengar pendapat saudara, kerana kami tahu bahawa orang di serata tempat mencela kumpulan yang saudara anggotai.”
23 Oleh itu mereka dan Paulus menetapkan satu hari untuk bertemu. Pada hari itu banyak orang datang ke tempat tinggal Paulus. Dari pagi hingga petang Paulus menjelaskan ajarannya tentang Pemerintahan Allah. Dia berusaha untuk meyakinkan mereka tentang Yesus dengan menggunakan ayat-ayat dari Taurat Musa dan Kitab Nabi-Nabi.
24 Ada orang yang percaya kepada apa yang dikatakan oleh Paulus, tetapi ada juga yang tidak percaya.
25 Dengan pendirian yang berlainan mereka meninggalkan tempat itu, kerana Paulus mengatakan hal ini kepada mereka, “Memang benar apa yang dikatakan oleh Roh Allah melalui Nabi Yesaya kepada nenek moyang saudara-saudara!
26 Allah berfirman,‘Pergilah dan katakan hal ini kepada bangsa ini:Kamu akan mendengar dan mendengar, tetapi tidak faham;kamu akan melihat dan melihat, tetapi tidak nampak,
27 kerana seolah-olah fikiran bangsa ini tumpul,telinga pekak, dan mata buta.Jika mereka tidak demikian, tentu mata mereka akan melihat,telinga akan mendengar,dan fikiran boleh mengerti,sehingga mereka akan kembali kepada-Ku,dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’ ”