47 jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,
48 Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina!Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,
49 kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku.Sucilah nama-Nya.
50 Dia merahmati orang yang menghormati-Nya,keturunan demi keturunan.
51 Dengan tangan-Nya yang berkuasaDia mencerai-beraikan mereka yang sombong,dan mengacaukan rancangan mereka.
52 Dia menurunkan raja dari takhtalalu meninggikan orang hina.
53 Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik,tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.