6 Kehidupan suami isteri itu menyenangkan hati Allah. Mereka mentaati semua hukum dan perintah Tuhan.
7 Mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul dan kedua-duanya sudah lanjut usia.
8 Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan.
9 Seperti biasa para imam membuang undi dan Zakharia terpilih untuk masuk ke dalam Rumah Tuhan dan membakar kemenyan di atas mazbah.
10 Sementara upacara pembakaran kemenyan berlangsung, orang ramai berdoa di luar.
11 Pada waktu itu malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Zakharia. Malaikat itu berdiri di sebelah kanan mazbah tempat membakar kemenyan.
12 Ketika Zakharia nampak malaikat itu, dia cemas dan takut.