61 Mereka berkata kepadanya, “Tetapi tidak seorang pun antara sanak saudaramu bernama begitu.”
62 Lalu dengan isyarat, mereka bertanya kepada bapa bayi itu nama yang hendak diberikan kepada anaknya.
63 Zakharia meminta sebuah papan tulis lalu menulis, “Namanya Yohanes.” Mereka semua hairan.
64 Pada masa itu juga Zakharia dapat bercakap semula lalu mula memuji-muji Allah.
65 Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea.
66 Semua orang yang mendengar perkara itu berkata dalam hati, “Anak ini tentu akan menjadi orang besar.” Mereka berkata demikian kerana nyata sekali kuasa Tuhan menyertainya.
67 Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata,