67 Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata,
68 “Marilah kita memuji Tuhan,Allah bangsa Israel!Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nyadan membebaskan mereka.
69 Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa,seorang keturunan Daud, hamba-Nya.
70 Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji
71 akan menyelamatkan kita daripada musuh,dan daripada kuasa orang yang membenci kita.
72 Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita,serta ingat akan janji-Nya yang suci itu.
73-74 Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham,dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh,serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut,