70 Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji
71 akan menyelamatkan kita daripada musuh,dan daripada kuasa orang yang membenci kita.
72 Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita,serta ingat akan janji-Nya yang suci itu.
73-74 Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham,dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh,serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut,
75 supaya kita menjadi suci dan menyenangkan hati-Nyasepanjang hidup kita.
76 Engkau, hai anakku, akan disebutnabi Allah Yang Maha Tinggi.Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya,
77 supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan,apabila Allah mengampunkan dosa mereka.