75 supaya kita menjadi suci dan menyenangkan hati-Nyasepanjang hidup kita.
76 Engkau, hai anakku, akan disebutnabi Allah Yang Maha Tinggi.Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya,
77 supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan,apabila Allah mengampunkan dosa mereka.
78-79 Allah kita pengasih dan penyayang.Bagi menyelamatkan kita Dia akan datangbagaikan fajar terang yang menyinari semua orangyang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut.Dia akan memimpin kitake jalan yang menuju kedamaian.”
80 Anak Zakharia membesar dan semakin kuat kerohaniannya. Dia tinggal di padang gurun sehingga tiba masanya dia menampilkan diri kepada umat Israel.