3 Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari.
4 Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami.Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ”
5 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti,
6 kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’
7 Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’ ”
8 Yesus berkata, “Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan.
9 Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu.