1 Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunafikan mereka.
2 Apa yang tersembunyi akan dinyatakan dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan.
3 Apa yang kamu ucapkan pada waktu malam akan terdengar pada siang hari dan apa yang kamu bisikkan di telinga orang di dalam bilik yang tertutup akan diumumkan dari atas rumah.”
4 “Ingatlah, sahabat-sahabat-Ku! Janganlah takut akan mereka yang mengambil nyawa, tetapi kemudian tidak berkuasa berbuat apa-apa lagi.
5 Biarlah Aku tunjukkan siapa yang mesti kamu takuti. Takutlah akan Allah, kerana Dia berkuasa mengambil nyawa orang, dan Dia juga berkuasa membuang orang itu ke dalam neraka! Percayalah, Allah yang harus kamu takuti!
6 Bukankah lima ekor burung pipit dijual seharga dua sen? Meskipun demikian tidak seekor pun dilupakan oleh Allah.
7 Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Allah kamu lebih berharga daripada burung pipit!”